Aku bingkas daripada tidur dengan terpinga-pinga.
Dapat aku rasakan masa beredar dengan begitu pantas.....ku lihat jam dinding menunjukkan tepat jam 09.00 pagi. Aku mengorak
langkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai membersihkan diri aku membawa diriku ke ruang dapur bagi mengalas
perut yang mula berkeroncong. Lalu aku ke ruang tamu untuk merehatkan diri dan aku perhatikan sekeliling kawasan ruang tamu.....senyap
dan dingin di pagi Ahad. Seperti biasa aku keseorangan dan terasa amat berat kaki aku untuk keluar bersiar-siar. Aku membuka
membuka TV sambil meneguk air kopi panas yang aku bawa dari dapur tadi. Aku mengalihkan perhatian sepenuhnya setelah mendengar
berita terkini yang disampaikan. Saban hari aku mendengar berita yang sama berita tentang peperangan dan kekejaman yang berlaku
di luar negara. Pergolakan dan perang saudara sering menjadi tajuk utama berita hingga aku jemu mendengarnya. Namun begitu
hati mula merasa simpati dan kasihan kepada mangsa-mangsa yang menjadi korban peperangan. Wanita, kanak-kanak dan orang tua
sering menjadi mangsa mereka demi keegoan dan kepentingan pihak yang bertelangkah. Di benak fikiran aku bila semua ini akan
berhenti......entah aku pun tak tahu. Aku rasa amat bersyukur dilahirkan di negara yang aman dan mempunyai pemimpin yang berkaliber....kalau
tidak aku pun tak tahu pada diriku pada masa sekarang. Berita bertambah hangat apabila kejadian banjir luarbiasa yang
sering menimpa diluar negara mahupun dalam negara. Semua berpunca daripada manusia apabila tidak menghiraukan alam sekitar
dengan aktiviti-aktiviti seperti perindustian dan sebagainya. Akibatnya kesan rumah hijau dan pemanasan global hangat diperkatakan
sekarang.
Aku bingkas bangun sambil membawa cawan
ke dapur selesai menonton TV. Tiba-tiba deringan handphone berbunyi dan berlari mendapatkannya. Rupa-rupanya rakan sepejabat
aku menelefon kerana mengajak keluar untuk bersiar-siar. Kami telah bercadang untuk bersiar-siar di tepi pantai dan mengadakan
ekspedisi ke sebuah pulau yang agak terpencil. Tanpa membuang masa aku pun bersiap dan menyediakan kelengkapan yang perlu.
Apabila aku melangkah kakiku keluar aku perhatikan langit kelihatan cerah dan tidak mendung memandang pertengahan bulan Disember
sudah sampai. Aku menghidupkan engin kereta "Kancil" aku sambil menghisap rokok. Walaupun aku hanya memiliki kereta yang bersaiz
kecil aku tetap berasa bersyukur walaupun sekali sekala terasa juga ingin memiliki sebuah kereta bersaiz besar. Setelah aku
merasakan engin kereta telah "panas" aku menukar gear "reverse" dan mengerakkannya keluar. Aku menukarkan semula gear semula
dan menekan pedal minyak dan meneruskan perjalanan. Apabila sampai di tepi pantai aku lihat kawan-kawan yang lain sedang menanti
kedatangan aku. Perjalanan kami hanya mengambil masa selama sehari bertolak di sebelah pagi dan pulang di sebelah petang.
Bot telah lama menunggu dan kami bergegas ke bot untuk memulakan perjalanan. Sambil mengorak langkah memasuki aku sempat riak
wajah pemandu seorang tua dalam lingkungan 60-an. Apabila terlihat orang tua berkenaan aku teringat pula pada orang tuaku
di kampung. Aku berkesempatan melebarkan senyuman padanya dan dia membalas semula dengan senyuman. Perjalanan kami ke pulau
berkenaan mengambil masa tidak sampai 1 jam.
Sampai saje ke destinasi kami terus
pergi ke tempat yang dituju. Walaupun agak terpencil pulau tersebut mempunyai sedikit pembangunan seperti chalet dan tempat
penginapan ada disediakan. Namun begitu kami tidak berminat untuk menginap di sana tetapi melawat tempat bersejarah seperti
perkampungan orang dahulukala yang masih kekal. Masa berlalu dengan begitu pantas tanpa disedari hari sudah petang kami bertolak
ke bot untuk pulang ke rumah. Sampai di bot orang tua si pemandu bot telah menunggu. Engin dihidupkan dan bot menyusuri laut
yang sungguh tenang pada petang itu. Sampai di perhentian bot kami telah bergegas pula ke kenderaan masing-masing kerana cuaca
mulai berubah menjadi mendung dan mungkin menandakan hujan akan turun pada malam ini. Aku mula menghidupkan engin kereta setelah
bersalaman dengan kawan-kawan yang lain. Setelah itu aku memandu kereta untuk pulang ke rumah. Setiba di rumah hujan pun turun
mencurah dengan lebatnya dan aku lihat jam tangan menunukkan pukul 07.30 malam. Aku membuka pintu dan mengeluarkan barangan
yang lain untuk di bawa masuk ke rumah. Setelah membersihkan diri dan menuanaikan solat maghrib aku pergi ke dapur masak mee
segera. Setelah kenyang aku merehatkan diri di ruang tamu sambil menonton TV sebelum menunggu waktu solat isyak. Azan telah
berkemundang menunujukkan waktu isyak telah tiba. Aku meninggalkan sebentar TV dan ke bilik untuk solat isyak.
Setelah selesai aku merebahkan diri sebentar di
katil dan aku terkenang semula peristiwa yang berlaku pada kami semasa melawat di pulau tersebut. Peristiwa dimana salah seorang
kawan kami telah di kejar oleh seekor kera yang berkeliaran di situ. Kera tersebut naik berang kawan kami gara-gara membaling
seketul batu ke arahnya. Tetapi kera tersebut dapat dihalau semula daripada mengganggu kawan kami dengan bantuan seorang penduduk
tetap pulau berkenaan. Menurut penduduk itu kera-kera di pulau tersebut memang agresif apabila cuba di hampiri jadi setiap
pelawat supaya tidak cuba memberi makan atau mendekati mereka. Tanpa aku sedari masa berlalu dengan begitu pantas dan jam
dinding menunjukkan pukul 10.00 malam. Mata aku mula berasa berat dan mengantuk......selang beberapa minit kemudian aku pun
melelapkan mata dan dibuai mimpi malam yang dingin beserta hujan turun renyai-renyai. Hari esok aku nanti dengan semangat
berkobar-kobar dan penuh ceria beserta bermulalah kehidupan aku yang baru.
***Note : Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada mengena dengan
yang hidup atau yang telah meninggal dunia dan untuk sebarang komen atau
cadangan boleh dihantar ke email address manaz_kill@yahoo.com